Penjenamaan dan rekaan Sukan_Universiti_ASEAN_2008

Logo Sukan Universiti 2008 merupakan imej rajah manusia strok berus merah yang mewakili semangat tinggi, kegemilangan, kemenangan, kuasa dan kekuatan manakala bintang-bintang pada logo tersebut mewakili sasaran dan cita-cita atlet Sukan Universiti ASEAN. Huruf yang digunakan untuk logo, campuran century gothic dan trajan, melambangkan Sukan Universiti ASEAN sebagai sebuah acara yang mempunyai pelbagai agenda rasmi dan tidak rasmi, manakala pengaturan huruf yang umpama sebuah tangga, melambangkan hasrat untuk mencapai kejayaan. Sementara itu, warna yang digunakan untuk huruf (biru, merah, putih dan kuning) merupakan warna bendera Malaysia, logo ASEAN dan bendera negara anggotanya.[5]

Maskot Sukan Universiti ASEAN 2008 ialah A1 Angkasawan, angkasawan yang diterangkan sebagai orang yang bersifat mesra, pintar, bersemangat tinggi dan kuat. Penggunaan angkasawan sebagai maskot temasya adalah untuk mengingatkan orang ramai tentang pencapaian Malaysia sebagai ahli negara ASEAN pertama yang menghantar seorang angkasawan ke angkasa pada tahun 2007. Papan mortar maskot mewakili kecemerlangan akademik dan penyertaan mahasiswa universiti sebagai atlet-atlet temasya sukan. Logo pada dada mewakili semangat kesukanan atlet yang menyertai temasya Sukan Universiti ASEAN ke-14. Warna biru, merah, putih dan kuning mewakili Malaysia sebagai tuan rumah temasya sukan, dengan warna biru juga melambangkan kecemerlangan dalam menganjurkan temasya sukan. Secara keseluruhannya, maskot melambangkan tekad atlet peserta untuk mencapai impian masing-masing.[6]

"Menggapai bintang" merupakan lagu tema temasya sukan tersebut. Ia digubal oleh Mohd Zaki Bin Ahmad dari Universiti Malaysia Pahang dan dinyanyi oleh Shahnizal bt. Mohd Arshad dengan liriknya ditulis oleh Ahmad Fedtri Bin Yahya.[7]

Obor temasya sukan tersebut berbentuk seperti pen, sebuah alat yang digunakan di universiti seluruh dunia.[8]

Rujukan

WikiPedia: Sukan_Universiti_ASEAN_2008 http://bernamamrem.com/viewnt.php?idm=1899 http://www.martialarts.com.my/mcm/index.php/news/2... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt... https://www.mukamo.com/14th-asean-university-games... https://web.archive.org/web/20081217113236/http://... https://web.archive.org/web/20081217113242/http://... https://web.archive.org/web/20081217113246/http://... https://web.archive.org/web/20081217113251/http://... https://web.archive.org/web/20081230195409/http://... https://web.archive.org/web/20090207135225/http://...